Archive for March 2010

Alhamdulillah semalam 27 Mac 2010 seharian suntuk ronda-ronda di PWTC melawat ke pesta buku Antarabangsa 2010 yang khabarnya turut dicatatkan ke dalam Malaysian Book of Records. Sambil jalan-jalan sambil belek-belek buku di booth yang dibuka. MasyaAllah, rupa2nya banyak betul buku2 keluaran rakyat Malaysia ni yang berkualiti..

» Read more after the jump →

Bermulalah dengan apa yang ada.. berniagalah tanpa perlu berhutang. Berjiwa besarlah bukan berhati besar…
Tidak perlu kesempurnaan sebelum mula berniaga. Dekatkanlah diri dengan Tuhan dan fahamilah jiwa sendiri…
Tingkatkan ilmu dalam bisnes yang diceburi. Ambillah iktibar daripada mereka yang telah berjaya.

“Biar Kecil Asalkan Berhasil, Daripada Besar Akhirnya Bubar!”

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk.
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


» Read more after the jump →

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

1.Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.)

» Read more after the jump →

Empat Manfaat Bersedekah/Berinfak

  • Mengundang Datangnya Rezeki
  • Menolak Bala/ Musibah
  • Menyembuhkan Penyakit
  • Memanjang Umur
  • :)

    Maka Perbanyakkanlah Amalan Bersedekah !

    Sabda Rasulullah SAW : “Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga (macam), yaitu sedekah jariyah (yang mengalir terus), ilmu yang dimanfaatkan, atu anak shaleh yang mendoakannya.

    [HR Muslim]

    Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan maka Dialah yang akan menggantinya. Dan Dia-lah sebaik-baik Pemberi rezki”

    [Saba : 39]

    Rasulullah saw bersabda, “Shadaqah merupakan bukti (keimanan).”

    [HR.Muslim]

    Moga menjadi iktibar..

    Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

    Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.  Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

    » Read more after the jump →

    Mar 04

    Potensi Diri

    No comment - Post a comment

    “Potensi adalah permulaan kepada kehebatan dan pengaruh, ia perlu disusuli..”

    Magnet-Diri-Cover