WASHINGTON: Populasi umat Islam di dunia akan bertambah dua kali lebih cepat daripada penganut agama lain dalam tempoh 20 tahun akan datang, menurut satu kajian yang menjangkakan dalam tempoh satu generasi umat Islam akan mencatat lebih satu perempat daripada penduduk dunia.
Archive for the 'Bincang-bincang' Category
“Disebalik Sampah yang Busuk dan Menjijikkan, tersembunyi HARTA yang tidak disangka – sangka..”
Pada kali ini saya ingin mengulas sebuah ebook yang bagi saya agak menarik & membuka minda..Idea-idea yang dikongsikan begitu bernas & siapa sangka dengan sampah, ada antara individu yang mampu hidup senang & mewah termasuklah juga bergelar jutawan..Fakta yang mengejutkan tapi semuanya adalah benar belaka..
Saya syorkan buku ini kepada mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.Contoh – contoh usahawan yg berjaya yang diketengahkan boleh membuka minda kita supaya tidak hanya memikirkan bisnes atau modal yang besar untuk berjaya.”Think out of the box” boleh mengeluarkan kita daripada kebuntuan. Siapa sangka sesuatu yang kita lihat setiap hari boleh menjana pendapatan agak lumayan dan berterusan!
Pakej Rahsia Usahawan Remaja Akan Mendedahkan Rahsia Untuk Buat Duit Semasa Anda Belajar Secara Online & Offline. Dihasilkan Berdasarkan Pengalaman Sebenar Dan Teknik Sebenar. Bukan Teori Yang Merapu-rapu.
Cara bagaimana untuk mengambil permintaan yang sedia ada mengeksploitasikannya untuk keuntungan anda sendiri.
Salah satu idea hanya memerlukan RM1 wang anda sahaja dan anda boleh rolling balik duit tu sampai anda tak tau nak buat apa dengan duit tu selain daripada berniaga.
Pakej Rahsia Usahawan Remaja ini mengandungi :
NORTHAMPTON – Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta). » Read more after the jump →
Alhamdulillah semalam 27 Mac 2010 seharian suntuk ronda-ronda di PWTC melawat ke pesta buku Antarabangsa 2010 yang khabarnya turut dicatatkan ke dalam Malaysian Book of Records. Sambil jalan-jalan sambil belek-belek buku di booth yang dibuka. MasyaAllah, rupa2nya banyak betul buku2 keluaran rakyat Malaysia ni yang berkualiti..
“Potensi adalah permulaan kepada kehebatan dan pengaruh, ia perlu disusuli..”

Tahun 2008 menyaksikan permulaan kepada berlakunya krisis kemelesetan ekonomi di seluruh dunia di mana Malaysia juga turut tidak terlepas dari merasai kesannya.
Banyak syarikat gergasi di dapati mula mengambil langkah selamat dan berjaga-jaga dengan mengurangkan aktiviti pengeluaran produk serta memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos operasi.
Bagi yang tidak bernasib baik serta kehilangan punca pendapatan kesan dari krisis kemelesetan ekonomi ini, masih terdapat alternatif dan jalan lain yang boleh anda pilih » Read more after the jump →
Di sini saya ingin berkongsi tip-tip dalam membuat pemilihan topik sebelum anda bercadang untuk serius dalam aktiviti blogging..
- Pilih topik yang anda betul-betul minat dan pakar
- Pilih topik yang anda ingin bincangkan bersama orang lain
- Pilih topik yang anda tidak kisah untuk berdebat tentangnya dengan orang lain
- Pilih topik yang tidak terlalu menyentuh sensitiviti anda
- Pilih topik yang senang untuk anda menyelidikinya
![]()
Sambungan dari bahagian pertama untuk post bertarikh 04 Jan 2009..
6. Untuk Menonjolkan Kelainan
Terdapat blog yang menggunakan isu-isu tertentu sebagai topik utama perbualan.Melalui blog sebegini, anda boleh cuba mengulas isu berdasarkan pendapat dan pemikiran anda sendiri sekaligus sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran pembaca.Kebanyakan blog politik ditulis oleh individu yang cuba untuk menonjolkan kelainan dari segi pemikiran mereka
7. Untuk Terus Kekal Aktif atau Berada di hadapan Dalam Sesuatu Bidang atau Topik
Memandangkan kejayaan sesebuah blog banyak bergantung kepada kekerapan mengemaskini serta penyediaan informasi yang terkini, ini secara tidak langsung menjadi pendorong kepada anda untuk sentiasa berada di hadapan dan cuba untuk mengambil tahu seberapa kerap perkembangan terkini dalam bidang yang anda minati. » Read more after the jump →
Dewasa ini,trend berblog di kalangan individu dan kumpulan mulai popular dan semakin mendapat tempat di dalam kehidupan harian.Statistik menunjukkan jumlah individu atau kumpulan yang terlibat dengan blog mulai meningkat dengan pesat dari hari ke hari.Berikut dibincangkan 10 sebab kenapa anda patut berblog..
1. Untuk Meluahkan Pendapat dan Buah Fikiran
Jika anda memerlukan tempat yang sesuai untuk meluahkan sesuatu yang terbuku dihati dan fikiran, maka blog merupakan saluran terbaik untuk meluahkan dan percaya atau tidak,anda miliki peminat anda sendiri yang memahami diri anda
2. Untuk Memasarkan Dan Mempromosikan Sesuatu
Blog merupakan saluran yang terbaik bagi membantu memasarkan atau mempromosikan diri,perniagaan,produk atau perkhidmatan anda » Read more after the jump →












